Jumat, 14 Desember 2012

GASING

Gasing  

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yangmemajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayudan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atauleper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,gasing buku benang dan gasing pinang.
Membuat Gasing
 Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji jugamenjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, cikuatau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasingyang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan kedalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketikamelarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkantimah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberatlima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnyamaka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Cara Bermain
 
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasinglawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabutdan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudiandicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meterdililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudiangasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

www.scribd.com

0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates